Friday, May 13, 2011

SaHaBaTKu SaYaNG...

MiNTaLaH TeMaN YaNG SoLeH DaLaM SuJuD TeRaKHiRMu SeWaKTu TaHaJuD KeRaNa Dia BiSa MeNGuaTKaN KaKiMu Di JaLaN ALLaH. SaHaBaTKu, DiSeKeLiLiNG KiTa TeRDaPaT BaNYaK HaTi-HaTi YaNG KoSoNG DaN RiNDuKaN SeNTuHaN iMaN DaRi TeMaN YaNg SoLeH. MuLaKaN DeNGaN MeNJaDiKaN DiRiMu PeNaWaR KePaDa MeReKa SeMua. PeNGHiDuP HaTi-HaTi YaNG GeRSaNG! BaNYaKKaN MeMBeRi DaRi MeNGHaRaP. BiaRLaH DiRi KiTa TaK DiHaRGai, aSaLKaN KiTa MeNGHaRGai oRaNG LaiN KeRaNa KeLaK ALLaH PaSTi MeNGHaRGai KiTa.

SaHaBaTKu,

Nikmat paling manis apabila Allah mentarbiyah kita dengan pelbagai ujian, namun tautan ukhuwah mampu berhadapan dengan sejuta kesulitan, yang memberi suntikan semangat perjuangan..alirkan halawatul ukhwah, kesungguhan dalam berjuang melalui tautan hati..

Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cinta Mu..menitis air mata tatkala merindu…menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh…tetapi janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan..kerana ku tetap yakini..Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu”
(Asy-Syahid Hassan al-Banna)

SaHaBaTKu,

Dalam kita melangkah… Terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat, Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah, Dan renungilah dalam diri kerana… Mungkin air mata tika itu hadir kerana… Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar, Semoga tabah dan tetapkan iman… Biarlah kita keseorangan, Tanpa berteman, Biarlah malam, Tanpa sinar rembulan, Biarlah tidur, Tanpa dihiasi mimpi indah, Tapi, Jangan biarkan hatimu sunyi, Tanpa sepotong ayat, Ayat suci AL-QURAN..

SaHaBaTKu SaYaNG...

Di sini diri ini memohon seribu kemaafan dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kesilapan yang lalu sepangjang kita bersama..ukhwah ini selalu mengajar kita erti persahabatan yang murni..biar diri berjauhan asal hati kita diikat nur kecintaaan, padamu ku ukir kalam kenangan, secebis ingatan membuatkan kita merasai indahnya persahabatan, suka duka, tawa hiba, gembira kecewa asam garam perjuangan..dari kejauhan ku pohon semoga dirimu diberkati Allah, bersama kita layari bahtera perjuangan dengan bersandarkan kasih sayang dari Allah S.W.T..Ukhwah Abadan Abada!! >3


No comments:

Post a Comment