Tuesday, August 23, 2011

"Cinta vs Cita-cita"

Bayangkan : andainya seseorang yang dikasihi memberi sebatang pensel untuk diasahkan, sudah tentu kita melakukannya segera dengan sepenuh tenaga walaupun kita sedang letih bermain bola jaring; andainya seseorang yang dicintai meminta kita datang berjumpa dengannya di kedai basikal, sudah pasti kita akan pergi dengan pantas walaupun kita sedang mencuci mangkuk di dapur; andainya seseorang yang dirindui mengharapkan hadiah jam tangan berjenama terkenal, sudah pasti kita mencarinya di kompleks membeli-belah walaupun kita terpaksa memecahkan tabung yang sudah lama di simpan di dalam almari..

Percayalah seseorang itu akan melakukan segalanya seandainya perasaan kasih dan cinta sudah bersemadi didalam jiwa. Hinggakan sanggup membelah badai, menongkah arus, mencatas ribut dan memagar beliung demi menunaikan tanggungjawab sebagai seorang kekasih..

~MENYATUKAN JIWA DENGAN AMANAH~


Kata-kata di atas adalah sebagai penghubung kepada tanggungjawab yang dipercayakan. Jadi, apa yang dapat di simpulkan di sini adalah jika cinta itu ada dalam diri, maka kita rela berbuat apa saja demi menjaga cinta kita itu. Itulah dipanggil memelihara cinta dan perbuatan memelihara itu adalah amanah...Dari sudut psikologi, perasaan cinta itu membuatkan timbulnya rasa percaya dan kasih yang akhirnya menerbitkan tanggungjawab atau amanah dalam percintaan. Simboliknya, perasaan cinta itu merangkumi pelbagai aspek dan amat luas perspektifnya. Maka kita satukan perasaan cinta itu dan kita jadikannya asas atau tiang untuk kita berpaut..

Apakah tiangnya itu?
Tiangnya adalah cinta kepada islam. Daripada cinta yang kukuh itu, dengan izin Allah s.w.t, kita dapat memelihara kesemua amanah sepanjang hayat kita di dunia ini..insyaAllah..


Em nk d'ceritakan, pernah satu ketika, diri ini di tanya..pernah bercinta?pernah jatuh cinta?pernah ada orang luahkan perasaan pd anti?em diri ini terdiam..tiba2 tambah lagi satu soalan..ke..anti dh bertunang??

erm..diri ku mula tersenyum lebar..suara kecil mula kedengaran..ya Allah diri ini tak dapat nak menahan senyuman ini..cuba mengawal perasaan ini, tapi kdg2 terpakse gak mengalah..bila t'senyum sorang2 nanti apa lak kawanku fikir..hehe..mgkn diriku nie angau sorang2..

pepn segala jawapan yang keluar..ada sebabnya..ada rahsianya..bt kawan2 rapatku mungkin deorang lebih mengetahui..jika ingin ditanya sal cinta atau jodoh..biarlah ia rahsia..simpan dalam hati..biarlah hanya Allah dan diri kita sahaja yang mngetahuinya..bila dah sampai masanya..luahkanlah..sebarkanlah..sebagai meraikan hari yang dinanti2..supaya nanti tiada lagi persoalan lain yang timbul..sesungguhnya jodoh itu sudah ditentukan oleh-NYA..kita sebagai hamba-NYA..perlulah berdoa, berusaha dan bertawakkal..xperlulah kita terlalu sibuk memikirkannya..jalanilah dan aturlah hidup kita seboleh2nya dengan tenang dan teratur..sentiasa ingat dan yakin pada Allah..sesungguhnya DIA yang mngatur segala peraturan hidup kita..jadi tabahkanlah hati kita menghadapi ujian dariNya..kita tidak mampu berdiri di bumi ini tanpa rahmat dan kasih sayang dari-NYA..sejauh mana kita letak Allah dalam hati kita..sejauh itu lah kita yakin pada ALLAH..ALLAHU RABBI..



Majalah Gen-Q yang terbaru..pastikan anda tidak terlepas tuk membelinya..de sambungan dalam buku ini dari ayat2 yang dituls diatas..^_^




No comments:

Post a Comment