Wednesday, November 9, 2011

Indah kalam Rasul Junjungan,
mengajar erti perjuangan,
perlukan keteguhan azam,
Istiqomah,tetap pendirian,
jangan mudah terhalang,
...janji Allah pasti datang!

Islam itu tinggi dan tiada yg lbh tinggi daripadanya,
Islam tak kan dapat ditandingi,
cuma yang belum pasti,
adakah kita tinggi peribadi?
utk memikul amanah suci,
bagi merebut pandangan illahi,
sebagai jiilul Quran yg tersendiri.

"Allah lah yg Maha Kaya sedangkan kamulah orang yg berkehendak (kepada-Nya) dan jika kamu berpaling nescaya Dia akan mengantikan (kamu) dengan kaum yg lain dan mereka tidak akan seperti kamu ini. (surah Muhammad: 38)"

ayat Allah cukup mengentarkan,
Dia tidak teragak2 membuat tapisan,
buat hamba-Nya yg bermalas-malasan,
sentiase mencipta alasan,
liat dengan dakwah dan peningkatan.
mahu diketuk berterusan,
tidak menjadikan pengeraknya iman,
cinta Allah dibuat khayalan,
bimbang kelak diri akan terbuang,
daripada jalan dakwah yg penuh ujian,
dibiarkan Allah dalam keasyikan,
tertipu dengan jalan kehancuran.

ketahuilah sahabat2 yg ku kasihi kerana-Nya,
allah memelihara jalan-Nya,
agar disusuri hati yg bersih,
sarat ketakwaan,
merindui wajah-Nya,
jua keredhaan,
itulah jiwa insan pejuang,
bimbangilah sahabatku,
daripada memiliki jiwa munafik,
bertopeng ketaatan.

1 comment: